Mendaki Di Gunung Angsi

2 minggu yang lalu saya bersama 4 orang rakan telah
merancang untuk menjalankan aktiviti mendaki gunung angsi,
gunung angsi nie terletak di daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Masa yang diambil untuk sampai ke gunung Angsi dari
Tol Seremban/Port Dickson cuma 20 minit jer.
Di kaki bukit gunung Angsi tu terdapat kawasan-
kawasan untuk kita beriadah dan berkelah.
Disitu juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
seperti tapak perkhemahan, tandas awam, surau, pondok-
pondok berehat dan gerai makanan.
untuk mereka yang gemar mendaki gunung, gunung angsi
nie ada cabarannya tersendiri berbanding gunung lain..
Gunung Angsi nie cuma mempunyai ketinggian 825 meter
dari paras laut.. Sepenjang perjalanan mendaki gunung Angsi
kita akan melihat pelbagai keindahan alam semulajadi dan menghirup
 udara segar.
  












Bagaimana pun, bagi pengunjung yang ingin mendaki
gunung Angsi, anda dibenarkan berbuat demikian bermula
dari jam 8:00 pagi hinggalah jam 6:00 petang.. Pengunjung
tidak dibenarkan bermalam di puncak gunung Angsi.
hanya perlukan 6jam 30 minti jer untuk turun dan naik
gunung angsi nie, taklah jauh sangat.... ok selamat mencuba.. :-)

1 comments:

sue | 30 August, 2009 18:48

bestnyer.....
dah lama gak x pjt gunung nih