TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Pasar Siti Khadijah adalah pasar yang paling terkenal di Kelantan.Di pasar ini semua jenis barangan ada dijual di antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi. Satu perkara yang unik di Pasar Siti Khadijah adalah semua peniaganya adalah sebahagian besarnya adalah wanita di samping mengenakan perhiasan emas seperti rantai leher, gelang tangan yang agak banyak.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.
 
 
 
 
 
 
Tidak lengkap jika melancong ke Kelantan jika tidak melawat perkampungan nelayan yang banyak terdapat di Kelantan.Salah satu yang paling popular adalah perkampungan nelayan di Pantai Sabak,14 kilometer(km) daripada bandar Kota Bharu.

Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan adalah melihat nelayan membawa hasil tangkapan pulang pada lewat petang,melihat keindahan bot-bot nelayan yang berwarna-warni bersama hasil tangkapan pada hari itu.Keriuhan suasana dengan suara nelayan dan pembeli di tepi pantai menimbulkan suasana yang sangat meriah.Aktiviti lain yang di lakukan di perkampungan nelayan adalah membuat ikan kering dan menjahit pukat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pantai Sri Tujuh merupakan tempat yang berlangsungnya Pesta wau antarabangsa. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujuh yang teletak di Tumpat, 7 km daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.


 
 
 
 
 
 
 
 
Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dahulunya PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Keindahannya dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa bagi pengunjung menikmati keindahan pantai ini. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.
 

0 comments: